Thursday, November 4, 2010

Baju Melayu

Lupa la pulak, nak taruk baju melayu...nanti, bila ada kesempatan, kak ngah uploadkan...

Wednesday, November 3, 2010

Baru siap....



 Amatlah slow buat kerja dalam minggu ni, disebabkan keadaan badan yg kurang kurang kurang sihat, dan anak-anak jjuga yg sakit.. dua orang serentak pulak tu...haru...

 sampai hari ni, mereka masih demam, batuk dan selsema...ubat dah habis, tp penyakit belum pergi...hmmm...kesian anak-anak...

sementara tu, tengok-tengok la ye, hasil yg terkini ni.... terima kasih kepada semua sahabat-sahabat yang sudi menempah baju dengan kak ngah...
















Saturday, October 30, 2010

Marilah menempah baju dengan Kak Ngah

Untuk makluman semua, Kak ngah sebenarnya mengambil tempahan di rumah, bukannya membuka kedai jahit.  Sebab itu, kak ngah boleh menawarkan upah jahit yang rendah.  Kalau di kedai, upah jahit untuk sehelai baju kurung, sekurang-kurangnya RM35.00.  

Bayangkan, sekiranya anda mempunyai 2 anak perempuan, dan ingin menempah 3 pasang baju, termasuk baju anda.  RM35.00 x 3 = RM105.00.  Berbanding jika anda sedikit bersusah-payah mencari rumah kak ngah, RM25.00 x 3 = RM75.00.  Anda telah menjimatkan RM30.00, di mana boleh membeli beras sepuluh kilo!  Itu baru baju kurung.  Kalau baju kurung moden, harga buka di kedai, mencecah RM60.00 sepasang, sedangkan, dengan kak ngah baru RM35.00.  Berbeza, kan?

Dan sebenarnya, ada sesetengah kedai yang mengupah tukang jahit seperti kak ngah di rumah, dengan upah jahit maximum RM10.00 sahaja untuk sepasang baju.  Maka, jika anda sudi menempah baju dengan kak ngah, anda telah, pertama: menolong kak ngah menjana ekonomi membantu suami menyara hidup; dan kedua: anda telah menjimatkan jumlah belanja anda sendiri seminimun RM10.00 untuk setiap helai baju (kurung). sebenarnya, tak lah berapa susah untuk mencari rumah kak ngah.  yang penting, sms atau call dulu sebelum datang.  kak ngah sangat menantikan kedatangan anda.  Mungkin, anda tidak menyedari, betapa bernilainya kesudian anda menempah baju dengan kak ngah..pada kak ngah, sangat-sangat bernilai....

terima kasih...



Kain untuk baju  ni, dah printed siap-siap patternnya untuk setiap bahagian badan.  kalau orang yg bersaiz L, memang pening kepala la jawabnya... tp, alhamdulillah, senang jahit baju ni... Kurung biasa.

 Baju ni, corak dua hala, ikut ira kain.  so, senang la jugak nak memotong dan menjahitnya... ada piping/lis dan poket di kiri...


 Kain Batek 1 Malaysia...kainnya lembut, mudah dipotong dan dijahit.  tapi sayangnya, kain jenis ni, mudah pecah...baju ni, tangan cekak kecik (1/2 inci) dan piping.

 Jenis kain Batek 1 Malaysia jugak.  Pattern baju kurung moden leher kurung, tangan siti nurhaliza dan hujung tangan cekak.  kainnya pulak, kain kembang payung...



 Masih jenis kain yang sama... tapi pettern baju kurung biasa. tp i like.hehehe


 Lupa la pulak jenis kain apa...kain ni, lembut sangat...seronok bila tengok dah siap...
 haaa...yang ni kain cotton...mudah bangat jahit kain jenis nih...i like..hehehe

Tengah jahit...

Thursday, October 14, 2010

Kulim Lake Garden...

 Sebenarnya, jika dijaga dengan rapi, Kulim Lake Garden ni memang sangat-sangat indah dan menarik hati.. lagipun, tak banyak pasangan bercinta yang menyakitkan mata di sini.. kebanyakannya membawa ahli keluarga beriadah di sini.. memang best.  sesiapa yang berkunjung di kulim, jangan lupa singgah di sini ye.