Thursday, May 5, 2011

Jom Tangani Stress…Amalkan 10B

 Thursday, April 22nd, 2010 | Author:

Tekanan atau stres hidup sudah menjadi lumrah kehidupan zaman moden, yang dihadapi oleh semua peringkat umur, tidak kira jantina, bangsa dan agama. Bukan hanya golongan dewasa yang dilimpahi stres di tempat kerja, rumah, jalan raya dan pergaulan masyarakat, malahan kanak-kanak juga dibelenggu pelbagai punca stres.
Akan tetapi stres adalah satu perkara yang biasa dalam kehidupan manusia yang normal dan setiap orang akan mengalami stres pada sesuatu masa dalam kehidupannya. Stres adalah hakikat kehidupan yang tidak boleh dielakkan. Stres adalah respons fizikal, emosi dan mental yang berlaku kepada seseorang apabila tuntutannya tidak dapat dipenuhi.

Apakah itu stres?
Stres adalah reaksi tubuh badan terhadap rangsangan yang tidak menyenangkan seperti bunyi yang kuat, bau yang busuk atau kata-kata kesat. Stres berlaku apabila tuntutan tidak setanding dengan kebolehan dan kemahiran daya tindak seseorang. Stres juga boleh diertikan sebagai faktor fizikal dan emosi yang menyebabkan tekanan ke atas minda dan tubuh badan. Ia mungkin mengakibatkan penyakit seperti darah tinggi, penyakit jantung koronari dan kemurungan.
Apakah punca-punca stres?
Punca-punca stres terdiri daripada:
a. Dalam diri
  • Cita-cita dan harapan yang terlalu tinggi
  • Rasa tidak selamat
  • Pengalaman zaman kanak-kanak
  • Peristiwa dalam kehidupan
  • Perwatakan / personaliti
  • Dilema dalam membuat keputusan
  • Stres keibubapaan
b. Sosial
  • Berpindah rumah
  • Konflik keluarga, perceraian, krisis hidup
  • Stres perkahwinan dan rumah tangga
  • Perhubungan interpersonal yang bermasalah
  • Masalah di tempat kerja
  • Cabaran kehidupan di kota atau di bandar
  • Masalah / perubahan persekitaran
  • Masalah kewangan
c. Psikologi
  • Jenis personaliti
  • Tragedi
  • Hilang orang yang dikasihi
  • Kurang keyakinan diri
  • Takut untuk gagal
d. Biologi
  • Penyakit fizikal yang kronik
  • Perubahan dalam tubuh (remaja)
Kenali tanda-tanda stres anda…
i. Tanda-tanda fizikal
  • Kering mulut
  • Gementer
  • Sakit kepala
  • Masalah tidur
  • Perubahan selera makan
  • Cepat letih
  • Lenguh-lenguh badan
  • Jantung berdebar-debar
  • Pernafasan semakin laju
  • Sakit perut
  • Cirit-birit
  • Sakit-sakit badan yang kurang jelas puncanya
  • Letih lesu
ii. Tanda-tanda psikologi
  • Gelisah
  • Hilang sabar
  • Mudah marah
  • Lemah semangat
  • Risau dan bimbang
  • Kurang minat dan tumpuan terhadap aktiviti seharian
  • Mudah lupa
  • Takut gagal
  • Rendah diri
  • Keresahan
  • Tidak merasa seronok
  • Bosan
  • Low mood dan murung
iii. Tanda-tanda tingkah laku
  • Merokok berlebihan
  • Penggunaan ubat-ubatan yang tidak terkawal
  • Memikir atau bercakap tentang mencedera atau membunuh diri
  • Tingkahlaku impulsif dan agresif (buli, vandalisme)
  • Penyalahgunaan dadah dan alkohol
  • Masalah tabiat makan
Amalkan tips mudah tangani stres serta merta….Amalkan 10B
  1. Bertenang - Bertenang boleh membantu mengurangkan stres dengan menghentikan kitaran stres di peringkat permulaan.
  2. Bernafas secara dalam - Bernafas melalui abdomen adalah cara pernafasan terbaik, kita bernafas dengan lebih perlahan, panjang dan lebih dalam.
  3. Berkata: Relakslah… - Kata-kata ini sedikit sebanyak dapat membantu mententeramkan perasaan dan mengurangkan stres.
  4. Beribadat - Berzikir, berdoa dan beribadat memberi sokongan emosi dan melegakan perasaan.
  5. Berkongsi perasaan/masalah dengan seseorang - Perasaan/masalah adalah sesuatu yang tak sepatutnya dipendam, sebaliknya harus dikongsi dengan orang yang dipercayai seperti bercakap dengan ahli keluarga atau kawan-kawan. Berkongsi perasaan/masalah akan melegakan dan mengurangkan stres dalam diri.
  6. Berurut - Dalam keadaan stres, otot-otot di leher, kepala dan bahu akan tegang tanpa disedari. Berurut (leher, bahu, kepala, kaki) boleh melegakan otot dan melancarkan perjalanan darah.
  7. Berehat & mendengar muzik - Berehat sambil mendengar muzik yang lembut akan menenangkan fikiran.
  8. Beriadah - Aktiviti riadah seperti berkelah, berenang, mendaki bukit/gunung, berkhemah, melakukan hobi atau aktiviti yang disukai boleh menenangkan fikiran dan mengurangkan stres.
  9. Bersenam - Bersenam dapat meningkatkan pengeluaran hormon endorfin, dan akan mengurangkan ketegangan otot dan stres.
  10. Berfikiran positif - Berfikiran positif ialah melihat kebaikan dalam mana-mana situasi bersifat negatif. Tumpukan kepada perkara yang baik dan apa yang boleh dilakukan dalam situasi tersebut.
Dengan melakukan kaedah 10B, kesan fizikal stres seperti denyutan jantung laju, marah, rasa gelisah, gementar dan sakit kepala dapat dikurangkan.

Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan.

Sumber artikel: Berita Harian

Tayang je...


Nasib Si Tukang Jahit Pakaian

Salam buat semua pembaca. Hari ini saya ingin bercerita berkaitan dengan kerjaya sebagai seorang tukang jahit pakaian. Untuk pengetahuan semua, saya bukanlah seorang tukang jahit. Kalau hendak jahit seluar koyak bolehlah sikit-sikit kut. Sebenarnya yang mengusahakan kerja menjahit pakaian ini ialah keluarga isteri saya.

Selalu saya melihat isteri saya begitu tekun menjahit baju yang diupah oleh para pelanggan. Kasihan sungguh kerana isteri terpaksa membantu dalam urusan ekonomi rumah tangga adakalanya terpaksa tidur lewat.

Kadang-kadang, isteri saya juga terpaksa mendengar rungutan daripada pelanggan yang tidak berpuas hati dengan jahitan yang telah disiapkan. Terpaksalah membaikinya kembali dengan tujuan menjaga hati pelanggan dengan kata lain 'customer always right'.

Dengan kelulusan Sijil SKM - Pemotong Pakaian Lelaki, yang diperolehi dari Pusat latihan Kemahiran Kg Ungku Mohsin, Johor Bharu, isteri saya mengembangkan kerjayanya dengan mengambil upah menjahit pakaian sekitar Semerah, Batu Pahat. Pelanggan yang menempah pakaian adalah terdiri daripada orang kampung, guru, jururawat dan pegawai kerajaan yang lain.

Alhamdulillah, dengan isteri yang mempunyai kemahiran menjahit pakaian, saya dapat menjimatkan wang bagi menempah pakaian sebaliknya dapat membantu keluarga kami dalam kehidupan seharian. Terima kasih, isteriku.

Beberapa bulan sebelum hari raya, biasanya tempahan menjahit pakaian telah mula sampai. Pelanggan biasanya membeli kain-kain yang diminati lebih awal. Berbagai corak dan warna ada ditawarkan. Tinggal sediakan duit dan pilih sahaja kain yang diinginkan. Namun begitu pelanggan tidak mengambil kira kesesuaian kain dengan baju yang ingin ditempah. Akibatnya apabila baju telah siap, berlakulah kekurangan di sana sini.

Apabila menjahit pakaian, biasanya tukang jahit akan melihat :
1. Ukuran kain yang dibekalkan pelanggan.
2. Jenis baju yang dikehendaki ( kebaya, kurung, kebarung dll )
3. Corak yang terdapat di kain adakah menegak, melintang dan sebagainya.
4. Keadaan atau bentuk badan si pemakai ( biasanya isteri saya menggunakan baju contoh yang dibekalkan oleh pelanggan.
5. Jenis kain yang dibekalkan. ( kain nipis dan licin teksturnya biasanya agak sukar dipotong dan dijahit )

Masalah yang dihadapi oleh tukang jahit :
1. Kain yang dibekalkan tidak sepadan dengan ukuran si pemakai.
2. Corak yang terdapat di kain terpaksa diteliti supaya sesuai dan mudah dipotong.
3. Pembeli tidak mengukur kain semasa membeli dan hanya percaya ukuran yang dinyatakan oleh penjual sahaja. Akibatnya mereka menyalahkan tukang jahit jika kain tidak cukup kononnya tukang jahit tidak pandai memotong dan menjahit pakaian.
4. Ada pelanggan yang ambil baju siap tanpa membayarnya (kena kapur la...)
5. Bentuk badan pelanggan mungkin semakin gemuk, semakin kurus atau semakin tinggi menyebabkan baju yang ditempah tidak sesuai lagi dengan fizikal semasa mereka apabila telah disiapkan.

Demikianlah serba sedikit cerita mengenai tukang jahit ni. Ada banyak lagi tapi saya akan tulis di lain kali (jika dapat ilham). sekian, Wasallam

http://rielovetouch3.blogspot.com/

Saturday, April 16, 2011

Friday, April 8, 2011

Rindunya...

Assalamualaikumwarahmatullah....

rindunya nak update blog kakngah ni...tapi, sejak komputer rosak, handphone pun rosak, dah takda sumber nak uploadkan gambaq di sini...mudah-mudahan satu hari nanti kakngah boleh mengupdatekan blog kakngah ni... kepada sahabat-sahabat yang sudi bertamu di sini, jutaan terima kasih kakngah ucapkan ye.....

salam sayang
-kakngah-