Untuk makluman semua, Kak ngah sebenarnya mengambil tempahan di rumah, bukannya membuka kedai jahit. Sebab itu, kak ngah boleh menawarkan upah jahit yang rendah. Kalau di kedai, upah jahit untuk sehelai baju kurung, sekurang-kurangnya RM35.00.
Bayangkan, sekiranya anda mempunyai 2 anak perempuan, dan ingin menempah 3 pasang baju, termasuk baju anda. RM35.00 x 3 = RM105.00. Berbanding jika anda sedikit bersusah-payah mencari rumah kak ngah, RM25.00 x 3 = RM75.00. Anda telah menjimatkan RM30.00, di mana boleh membeli beras sepuluh kilo! Itu baru baju kurung. Kalau baju kurung moden, harga buka di kedai, mencecah RM60.00 sepasang, sedangkan, dengan kak ngah baru RM35.00. Berbeza, kan?

terima kasih...
No comments:
Post a Comment