Monday, May 9, 2011

MATA JAHITAN ASAS DAN PENGHASILAN ARTIKEL

1. Mata Jahitan Sementara - Jahit Jelujur (Basting)

a. Jelujur kasar / sama (even basting)
i. Dibuat untuk menetapkan kedudukan kelepet, kelim,kocek buat sementara.
ii. Untuk menyambungkan dua atau lebih kain sebelum dijahit mesin. Juga sebagai jahitan hiasan.
... iii. Cara menjahit mulakan dengan jahit kia dari kanan atau kiri dan mula jahit mata jahitan di sebelah luar kain SL yang berjarak antara 0.5cm – 1cm dengan jarak dan langkau yang sama antara satu mata jahitan dengan satu mata jahitan. Ulangi proses.

b. Jelujur tak sama (uneven basting)
i. Dibuat untuk menanda kedudukan sesuatu bahagian dan garisan-garisan pola.
ii. Menetapkan kedudukan kelepet, kelim, kocek buatsementara.
iii. Untuk menyambungkan dua atau lebih kain sebelum dijahit mesin. Juga sebagai jahitan hiasan.
iv. Cara menjahit mulakan dengan jahit kia dari kanan atau kiri dan mula jahit mata jahitan sebelah luar SL kain yang berjarak antara 1cm – 1.25cm dengan langkau 0.5cm dan ulangi dengan mata jahitan atas dan bawah dengan jarak 0.5cm. Ulangi proses.

c. Jelujur panjang pendek (uneven basting)
i. Dibuat untuk menanda kedudukan sesuatu bahagian dan garisan-garisan pola
ii. Menetapkan kedudukan kelepet, kelim, kocek buat sementara.
iii. Cara menjahit mulakan dengan jahit kia dari kanan atau kiri dan mula jahit mata jahitan sebelah luar yang berjarak antara 0.5cm, langkau 0.5cm dan mata jahitan SL 1cm – 1.5cm dan ulangi proses.

d. Jelujur Serong / Tegak (diagonal basting)
i. Dibuat untuk menetapkan dua atau lebih lapisan kain agar lebih rata sebelum membuat jahitan lain.
ii. Cara menjahit mulakan dengan jahit kia dari kanan atau kiri dan mula jahit mata jahitan sebelah luar yang serong dengan garis tegak sebelah dalam kain SD antara 2.0cm – 3.0cm dengan langkau 2.0cm dan mata jahitan SL 1cm – 1.5cm dan ulangi proses.

e. Jelujur Tanda (tacking)
i. Dibuat untuk memindahkan garisan-garisan pola dari kertas kepada kain seperti garisan lisu pemadan.
ii. Cara menjahit mulakan dengan jahit jelujur dari kanan atau kiri dan mula jahit mata jahitan sebelah luar yang longgar antara tinggi 2cm dan jarak 0.5cm dengan beberapa lembar benang, dan langkau jahitan 1.5cm - 2.0cm dan ulangi proses.
iii. Benang akan di gunting di tengah kain untuk kedua belah mendapat kesan jahit tanda.
2.

Mata Jahitan Kekal

a. Jahit sembat (slant hemming) i. Digunakan untuk menetapkan lipatan atau kelepet pada tempatnya dengan kukuh.

b. Jahit sembat susup (slip stitch)
i. Digunakan untuk menetapkan lipatan di lengan baju, skirt, kelepet baju dan lapik lubang lengan.

c. Jahit silang pangkah (cross stitch/flat cross stitch)
i. Digunakan untuk menetapkan lipatan di lengan baju, skirt, kelepet baju dan belah.
ii. Sebagai jahitan hiasan.

d. Jahit suji bilang (herringbone)
i. Digunakan untuk menetapkan lipatan di lengan baju, skirt, kelepet baju dan belah
ii. Sebagai jahitan hiasan

e. Jahit insang pari (blanket stitch)
i. Mengemaskan tepi-tepi kain dari berjerumbai.
ii. Sebagai jahitan hiasan
f. Jahit lilit kemas - (overcast stitch)
i. Mengemaskan tepi-tepi kain dari berjerumbai.
ii. Sebagai jahitan hiasan

g. Jahit lubang butang (buttonhole stitch)
i. Mengemaskan lubang butang kerana ia jahitan yang kukuh

h. Jahit mesin (machine stitch)
i. Dibuat untuk menetapkan / menyambung dua atau lebih lapisan kain.
ii. Membuat kedut, mata jahitan boleh dilaras.
iii. Mengelakkan tepi-tepi kain dari memberi Sebagai hiasan
i. Jahit kia (even backstitch)

i. Dibuat bagi memula dan mengakhiri jahitan tangan
ii. Dijadikan jahitan hiasan
iii. Menyambung dua atau lebih lapisan kain.
iv. Boleh menggantikan jahit mesin kerana ia kukuh dan serupa jahit mesin di sebelah luar dan jahit batang di sebelah dalam kain.

j. Jahit jelujur halus (running stitch)
i. Dibuat untuk menetapkan / menyambung dua atau lebih lapisan kain.
ii. Menyambung kelim menggantikan jahit mesin
iii. Menyedia kedut lepas
iv. Mengelakkan tepi-tepi kain dari memberi
v. Menjerumat bahagian pakaian yang rosak atau koyak
vi. Memadankan lengan baju
vii. Sebagai hiasan dalam jahitan sulaman.

k. Jahit lilit ubi (overhand stitch)
i. Digunakan untuk menyambung dua atau lebih kepingankain.
ii. Mengemaskan tepi-tepi kain.

No comments:

Post a Comment